Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Omicron pantas merebak, Korea Selatan catat lebih 14,000 kes baru COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Omicron pantas merebak, Korea Selatan catat lebih 14,000 kes baru COVID-19

Pelanggan di restoran di Pasar Namdaemun, Seoul pada 2 November 2021. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

SEOUL: Kes harian COVID-19 di Korea Selatan melepasi 14,000 pada Khamis (27 Jan), memecah rekod buat hari ketiga berturut-turut, sedang varian Omicron yang mudah berjangkit semakin merebak dengan pantas ke merata negara tersebut.
 
Sebanyak 14,518 kes COVID-19 dilaporkan hari ini, termasuk 14,301 kes tempatan. 

Ini membawa jumlah kes jangkitan COVID-19 di Korea Selatan kepada 777,497, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA). 

Korea Selatan melaporkan jumlah kes jangkitan lima angka sebanyak 13,012, pada Rabu (26 Jan), susulan catatan tertinggi, iaitu 8,570 kes, pada Selasa (25 Jan). Jumlah kes COVID-19 harian meningkat hampir empat kali ganda berbanding minggu lalu apabila kira-kira 3,800 kes jangkitan COVID-19 dilaporkan. 

Jumlah kematian  akibat COVID-19 sehingga hari ini adalah 6,654, naik sebanyak 34 berbanding  Selasa (25 Jan). Kadar kematian kekal pada paras 0.86 peratus. 

Jumlah pesakit COVID-19 yang tenat adalah seramai 350, turun 35 berbanding Selasa (25 Jan). 

Wilayah Gyeonggi yang terletak berhampiran Seoul mencatatkan 4,738 kes baru COVID-19, diikuti Seoul dengan 3,385 dan kota barat Incheon dengan 1,010. 

217 kes import dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul  kepada 24,451. 

Setakat Khamis (27 Jan), 26.04 juta penduduk, atau 50.7 peratus daripada 52 juta penduduk negara itu, sudah menerima suntikan dos penggalak, menurut KDCA.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan