Ombak Perubahan: Aceh bina semula kehidupan, 20 tahun selepas tsunami
Anggaran Waktu Membaca:
MEULABOH: Tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004 adalah bencana alam paling dahsyat dalam lipatan sejarah, meragut sekurang-kurangnya 225,000 jiwa di lebih 10 negara.
Wilayah Aceh di Indonesia menanggung kesan paling parah tsunami tersebut apabila gelombang gergasi menyapu dan memusnahkan banyak perkampungan menjadi padang jarak padang tekukur dalam sekelip mata sahaja.
Koresponden CNA Saifulbahri Ismail menyorot bagaimana penduduk Aceh membina semula kehidupan mereka selepas tragedi.
MASJID AGUNG BAITURRAHMAN SIMBOL KEKUATAN PENDUDUK
Masjid Agung Baiturrahman merupakan simbol agama serta kekuatan dan perjuangan penduduk Aceh.
Mercu tanda Banda Aceh, di ibu kota wilayah Aceh ini, terselamat daripada gempa bumi dan tsunami dahsyat dua dekad lalu.
Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi berkekuatan 9 pada skala Richter menggoncang pantai barat Sumatra berdekatan Aceh.
Gempa itu mencetuskan gelombang besar dan ganas yang membawa maut.
Antara tanda-tanda awal tsunami adalah air laut tiba-tiba surut dari pantai.
Ketika ombak menghampiri perairan cetek, ia menjadi mampat, sehingga memantul kepada ketinggian sehingga 30 meter.
Siri gelombang gergasi itu menghentam masyarakat di pesisiran dan membaham semua yang berada di laluannya.
Dianggarkan, sekitar 130,000 orang terbunuh di Aceh akibat tsunami.
Banda Aceh yang padat dengan penduduk paling teruk terjejas, dengan kira-kira 60,000 orang maut dan ramai lagi yang hilang.
Nahrawi Noerdin, 50 tahun, antara yang terselamat daripada pukulan gelombang itu.
Pada hari bencana, beliau keluar ke laut dan alangkah terkejutnya apabila pulang ke darat.
Beliau kini hidup sebatang kara.
"Semua keluarga saya habis. Pasca-tsunami, saya ini pernah jadi relawan tiga bulan. Relawan ertinya membantu orang-orang yang kena tsunami. Padahal saya korban tsunami. Tapi mungkin dengan saya bantu para korban ini, mungkin tenang jiwa raga saya itu tidak teringat apa pun." luahnya dalam nada hiba.
Lia Mailani, seorang lagi penduduk yang terselamat daripada tsunami, kini menyara hidup dengan bekerja di sebuah restoran di pinggir Banda Aceh.
Beliau baru berusia lapan tahun ketika tsunami melanda, dan dalam sekelip mata, menjadi yatim piatu apabila ibu bapanya terbunuh.
"Ayah waktu gempa, ayah mahu ke laut, dia nelayan. Sudah dibilang sama tetangga tidak usah. Tapi dia tetap mahu ke sana kerana dia pencari rezeki, " Lia buka cerita kepada wartawan.
Tambahnya: "Terus ke sana dia, tidak jumpa lagi. Susah menyesuaikan diri. Pertama, tidak boleh tidur kerana sering tidur bersama ibu? Harus kuat kerana tidak mungkin kita berterusan seperti ini, terus ke depannya kita harus buat sendiri kerana kalau kita mengenang masa lalu, kita tidak mungkin bangkit."
Pada petang Jumaat, perniagaan di Banda Aceh ditutup buat beberapa jam.
Para pemilik kedai sedang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Jumaat di Masjid Besar Baiturrahman yang terletak berhampiran.
DAMAI DI SEBALIK TRAGEDI
"Kita hidup, kita berusaha untuk bertahan. Setelah itu apa yang terjadi itu, kuasa Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Jadi dengan percaya itu sebagai takdir, itu kudrat yang harus diterima," kata Ade Surya, Pemangku Datuk Bandar, Banda Aceh.
"Sehingga setelah kejadian tsunami itu, orang Aceh menjadi tidak lemah. Itu kekuatan masyarakat Kota Banda Aceh dengan ketaatannya sebagai Muslim yang percaya itu ujian yang diberikan Tuhan."
Mungkin juga kerana takdir, Aceh akhirnya mampu menikmati keamanan setelah berdekad lama bergelut dengan konflik bersenjata.
Tsunami membawa kepada satu perjanjian damai antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan pemerintah Indonesia, sekali gus menamatkan pemberontakan.
Afrizal seorang bekas komander GAM dan beliau berada di kem kelompok pemisah di pergunungan apabila tsunami menggoncang pantai Aceh.
"Turun ke bawah saya bilang. Apapun risiko kita hadapi. Kita di sana punya musuh. Tetapi keadaan seperti ini, kita tidak boleh berdiam. Jadi saya bilang sama kawan-kawan, saya buang senjata. Jadi kita tidak ada guna lagi berperang. Kerana ada yang banyak yang minta tolong di bawah. Sehingga hari pertama dengan hari kedua, kami membantu para pelarian yang berada di kem pelarian masing masing," kongsinya seakan peristiwa itu baru sahaja berlaku.
Kini, Banda Aceh semakin pesat membangun, 20 tahun selepas tsunami.
Kota dan penduduknya berjaya bangkit daripada kemusnahan dek bencana itu, namun keperitan yang ditanggung akan kekal terpahat selamanya dalam ingatan penduduk Aceh.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.