Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Olimpik: Pasukan atletik Australia jalani kuarantin di tengah risiko COVID-19

Pasukan atletik Australia di Tokyo dikuarantin pada Khamis (29 Jul) selepas atlit lompat galah Amerika Syarikat (AS), Sam Kendricks didapati positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Pasukan atletik Australia jalani kuarantin di tengah risiko COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Jul 2021 04:16PM Dikemas Kini : 29 Jul 2021 04:24PM

SYDNEY: Pasukan atletik Australia di Tokyo dikuarantin pada Khamis (29 Jul) selepas atlit lompat galah Amerika Syarikat (AS), Sam Kendricks didapati positif COVID-19.

"Anggota pasukan balapan dan padang Australia menjalani kuarantin di bilik mereka sebagai langkah berjaga-jaga setelah atlit AS diuji positif COVID-19," kata Jawatankuasa Olimpik Australia (AOC ) dalam satu kenyataan.

"Mereka kini menjalani prosedur ujian selaras dengan protokol AOC," katanya.

Kesemua 63 atlit Australia, pasukan atletik terbesar negara itu bagi acara olahraga Sukan Olimpik, menjalani kuarantin di bilik hotel mereka di bawah protokol yang ketat, lapor Xinhua, memetik media tempatan Australia.

Laporan itu menyatakan Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik AS mengesahkan Kendricks dikuarantin dan tidak akan bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Laporan itu juga menyatakan hanya atlit lompat galah Australia, Kurtis Marschall dikenalpasti sebagai kontak rapat.

Pertandingan atletik dijadualkan bermula pada Jumaat, 30 Julai.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan