Skip to main content

Dunia

Olimpik Paris 2024: Latihan renang Triatlon dibatalkan dek pencemaran Sungai Seine

Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 membatalkan sesi latihan renang pada Ahad (4 Ogos)untuk acara renang berganti-ganti triatlon selepas hujan lebat baru-baru ini menjejaskan mutu air Sungai Seine.

Keputusan itu dibuat lewat Sabtu selepas ujian menunjukkan mutu air tidak mencapai ambang yang ditetapkan berikutan hujan pada 31 Julai dan 1 Ogos.

Acara berganti-ganti campuran itu dijadualkan pada Isnin.

"Kami menjangkakan keadaan akan bertambah baik dalam masa beberapa jam akan datang, tetapi tidak ke tahap yang ditetapkan bagi acara renang yang dirancang untuk esok," kata penganjur dalam satu kenyataan.

“Dengan keadaan ini, kami telah memutuskan untuk membatalkan sesi latihan renang malam ini bagi mengelakkan komunikasi lewat dengan para atlet."

Pencemaran di Sungai Seine selepas hujan lebat menyebabkan perlumbaan lelaki ditangguhkan selama sehari, selepas sesi latihan renang dibatalkan dua hari berturut-turut.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita