OIC sambut baik waran tangkap ICC
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: DEBBIE HILL / POOL / AFP)
ANKARA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan mantan Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Dalam kenyataannya lewat Khamis (21 Nov), OIC menyifatkan langkah itu sebagai "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati para pegawai Israel selama beberapa dekad" dan "memulihkan keyakinan terhadap keadilan dan akauntabiliti antarabangsa."
Pertubuhan itu menegaskan, keputusan itu turut "mewakili kemenangan bagi kewajaran undang-undang antarabangsa dan kedaulatan undang-undang."
OIC turut menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya negara-negara anggota Statut Rom agar "menghormati dan melaksanakan keputusan penting itu."
Selain itu, OIC menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk "mempercepatkan penghakiman mengenai dakwaan genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin."
Dengan menekankan krisis kemanusiaan yang berterusan, OIC merayu kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya "mengambil langkah segera dan berkesan untuk menguatkuasakan resolusinya."
Pertubuhan itu juga menuntut "gencatan senjata menyeluruh dan berkekalan bagi menamatkan pencerobohan tentera Israel serta genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin" dan menyeru supaya "bantuan kemanusiaan sampai ke semua kawasan di Carikan Gaza tanpa halangan."

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.