Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

OIC sambut baik PBB lulus ketetapan berkaitan pendudukan Israel

Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Muktamar Islam (OIC) pada Sabtu (31 Dis) menyambut baik langkah Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meluluskan ketetapan yang meminta pendapat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai pendudukan Israel di Palestin.
Dalam satu kenyataan, kumpulan OIC memuji pendirian negara-negara yang menyokong ketetapan
yang "menyaksikan komitmen tegas mereka kepada undang-undang antarabangsa dan selaras dengan pendirian sejarah" ke arah menyokong perjuangan Palestin.

Pada Sabtu (31 Dis), Perhimpunan Agung PBB meluluskan ketetapan meminta pendapat ICJ mengenai kesan undang-undang pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.

Ketetapan itu disokong 87 negara anggota PBB, 26 membantah dan 53 berkecuali.

Di bawah ketetapan itu, ICJ diminta untuk menentukan "kesan undang-undang yang timbul daripada bantahan berterusan Israel terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri" dan "tindakan rejim yang ingin mengubah komposisi demografik, kehidupan serta status" kota suci Baitulmaqdis.

Ketetapan berkenaan turut meminta Setiausaha Agung PBB agar membentangkan laporan mengenai pelaksanaannya dalam sesi Perhimpunan Agung PBB yang akan datang pada September 2023.

Sekitar 666,000 pendatang tinggal di 145 petempatan dan 140 pos (tidak dilesenkan oleh pemerintah Israel) di Tebing Barat yang diduduki termasuk di Timur Baitulmaqdis, menurut pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Peace Now Israel.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua petempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan