Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

OIC sambut baik laporan Amnesty International tentang tindakan aparteid Israel terhadap Palestin

Anggaran Waktu Membaca:
OIC sambut baik laporan Amnesty International tentang tindakan aparteid Israel terhadap Palestin

Pertubuhan Kerjasama Islam (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 04 Feb 2022 06:14PM Dikemas Kini : 04 Feb 2022 09:58PM

JEDDAH: Muktamar Islam (OIC) menyambut baik laporan oleh Amnesty International yang berpangkalan di London baru-baru ini, yang mengesahkan bahawa dasar apartheid rejim Israel terhadap penduduk Palestin adalah rejim kejam yang menunjukkan dominasi dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), OIC menegaskan bahawa laporan itu merupakan dokumen undang-undang antarabangsa yang mengesahkan pencabulan yang dilakukan Israel, jenayahnya, dan dasar perkauman terhadap rakyat Palestin.

Badan dunia itu juga menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan akauntabiliti Israel atas pencabulan, jenayah dan dasar perkaumannya terhadap rakyat Palestin.

Laporan komprehensif berjudul "Apartheid Israel terhadap Palestin: Sistem Penguasaan yang Kejam dan Jenayah terhadap Kemanusiaan" itu dikeluarkan pada 1 Februari.

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan