OIC kutuk serangan Israel sasar orang awam dan pekerja sekolah UNRWA
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Sharon ARONOWICZ / AFP)
RAMALLAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya jenayah pendudukan Israel yang menyasarkan pelarian dan pekerja di kemudahan yang bergabung dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), yang terbaharu pengeboman Sekolah Al-Jaouni di kem Nuseirat, Carikan Gaza.
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu (14 Sep), pertubuhan itu menganggap jenayah berkenaan sebagai lanjutan daripada jenayah pembunuhan, pemusnahan, kebuluran dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pendudukan di Carikan Gaza, yang melanggar peruntukan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Konvensyen Geneva, resolusi PBB yang berkaitan, dan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Ia memperbaharui seruannya kepada masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab mereka dan berusaha untuk melaksanakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB No. 2735, yang menyeru gencatan senjata segera dan menyeluruh, pengunduran tentera Israel dan menamatkan penderitaan manusia yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Carikan Gaza.
Ia juga menekankan keperluan untuk menyediakan perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin dan bagi memastikan pendudukan Israel dipertanggungjawabkan atas semua jenayah dan pelanggaran yang dilakukannya di Carikan Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmakdis.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.