Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

OIC kutuk keganasan terhadap masyarakat Islam di India; bakar madrasah, perpustakaan

Anggaran Waktu Membaca:

NEW DELHI: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam keganasan anti-Islam yang berlaku di beberapa tempat di India dan menggesa pihak berkuasa menghukum mereka yang menyasarkan masyarakat itu.

"Amat bimbang dengan keganasan dan vandalisme yang menyasarkan masyarakat Islam di beberapa negeri di India semasa perarakan Ram Navami termasuk tindakan membakar madrasah dan perpustakaan oleh kumpulan pelampau Hindu di Bihar Sharif pada 31 Mac 2023," menurut OIC.

Menurut pertubuhan 57 anggota itu, ia jelas memperlihatkan peningkatan Islamofobia.

Sekumpulan perusuh bertindak ganas semasa perarakan di bandar Bihar Sharif, kira-kira 70 kilometer dari Patna, ibu kota Bihar untuk meraikan perayaan Hindu Ram Navami dengan membakar Madrasah Azizia yang berusia 110 tahun dan perpustakaan yang menempatkan 4,500 buku, menurut saksi.

Sejak beberapa hari lalu, insiden keganasan terhadap masyarakat Islam dilaporkan berlaku termasuk di Bihar, Karnataka, Maharashtra, Benggala Barat dan Uttar Pradesh.

Bagaimanapun, pemerintah India membantah kenyataan OIC itu.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat OIC hari ini mengenai India. Ia satu contoh pemikiran komunal dan agenda anti-India," menurut kenyataan Kementerian Luar India pada Selasa (4 Apr).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan