Skip to main content

Dunia

OIC kecam serangan Israel ke atas Iran, desak PBB ambil tindakan

Anggaran Waktu Membaca:
OIC kecam serangan Israel ke atas Iran, desak PBB ambil tindakan

Sebuah bangunan di Iran yang terkana serangan Israel. (Gamber BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Jun 2025 07:14AM Dikemas Kini : 14 Jun 2025 07:15AM
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Iran yang disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan negara itu dan undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasminya pada Jumaat (13 Jun), Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha berkata serangan itu merupakan ancaman serius terhadap keamanan dan kestabilan serantau.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) agar bertindak segera dan tegas bagi menghentikan serangan itu.

"Serangan ini menjejaskan keselamatan di seluruh rantau. Majlis Keselamatan perlu memikul tanggungjawabnya," menurut kenyataan itu.

Serangan Israel yang dilaporkan bermula awal pagi Jumaat menyasarkan lokasi ketenteraan, nuklear dan kawasan awam di Tehran dan beberapa bandar lain.

Menurut Anadolu Ajansi, sekurang-kurangnya 86 orang termasuk pegawai kanan tentera dan orang awam terbunuh, manakala 341 lagi cedera dalam serangan udara besar-besaran Israel di Tehran dan Tabriz.
Sumber : Bernama/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita