Skip to main content

Dunia

OIC beri Indonesia dan 6 negara mandat hentikan perang di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
OIC beri Indonesia dan 6 negara mandat hentikan perang di Gaza

(Gambar: Handout / Iranian Presidency / AFP)

Diterbitkan : 12 Nov 2023 04:55PM
RIYADH: Indonesia merupakan salah satu negara yang diberi mandat oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memulakan tindakan bagi pihak OIC dan Liga Arab untuk menghentikan peperangan di Gaza, lapor ANTARA.

Selain Indonesia, para pemimpin OIC juga bersetuju ke atas satu ketetapan selepas persidangan pada Sabtu di Riyadh, untuk memberi mandat kepada Arab Saudi, Jordan, Mesir, Qatar, Turki dan Nigeria untuk membantu memulakan proses politik untuk mencapai perdamaian antara Israel dan Palestin.

Selain mengecam kekejaman Israel di Gaza, pemimpin OIC termasuk Presiden Joko Widodo turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak mengeluarkan ketetapan supaya keganasan dapat dihentikan segera, bantuan boleh masuk, serta pentingnya mematuhi undang-undang antarabangsa.

Menurut ANTARA, persidangan itu penting bagi menunjukkan solidariti negara-negara OIC serta untuk meraih usaha tambahan supaya keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dapat dihentikan dengan segera.
OIC turut mengecam pemindahan paksa 1.5 juta warga Palestin dari utara ke selatan Gaza, yang menurut Konvensyen Geneva ke-4 merupakan satu jenayah perang.

OIC juga mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk mengeluarkan ketetapan mengecam serangan ke atas hospital di Gaza oleh Israel.
Sumber : AGENCIES/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita