Skip to main content

Dunia

OIC adakan mesyuarat mengenai Palestin minggu depan

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat (1 Mac) menyatakan badan itu akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri-menteri Luar pada 5 Mac untuk membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
ANKARA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat (1 Mac) menyatakan badan itu akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri-menteri Luar pada 5 Mac untuk membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

OIC dalam satu kenyataan berkata sesi itu akan berlangsung di ibu pejabatnya di bandar Jeddah, Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pada November lalu, OIC dan Liga Arab mengadakan sidang puncak bersama di Riyadh yang menerima pakai beberapa keputusan termasuk menugaskan jawatankuasa untuk melawat ibu negara di seluruh dunia selain berusaha menghentikan perang Israel terhadap penduduk Palestin.

Serangan Israel di Gaza sejak 7 Okt lalu telah membunuh lebih 30,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran, pemindahan penduduk serta kebuluran di wilayah Palestin yang terkepung itu.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita