Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ogy Ahmad Daud buka mulut kongsi kisah sebenar dirisik dan dipinang

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pelakon Fauziah Ahmad Daud atau Ogy akan berkahwin lagi menjadi bualan ramai.

Ia susulan hantaran Instagram seniwati itu yang memberitahu beliau dirisik dan dipinang manakala majlis bakal diadakan pada minggu hadapan.

Ogy tampil menceritakan hal sebenar sekali gus meleraikan spekulasi yang tular sebenarnya berkait dengan penganjuran konsert muzikalnya, lapor Sinar Plus.

“Anda semua mendoakan saya sejak hantaran itu dikeluarkan. Dirisik, dipinang, pinangan diterima, majlis pada minggu hadapan. Sebenarnya majlis berlangsung tadi. Ia pelancaran konsert muzikal saya yang bertajuk Muzikal Rahsia Hati," kata Ogy.

"Memang betul saya dirisik oleh pihak penganjur, saya dipinang. Saya terima pinangannya selepas lima tahun pada tahun 2022 ini. Pinangan untuk buat konsert ya, bukan untuk menjadi isteri sesiapa," tambahnya.

Malah ketika ditanya sama ada calonnya daripada luar negara, pelakon itu mengiakan kerana penganjur adalah dari Singapura, seperti dinukil Sinar Plus.

Anak kepada biduan Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Saadiah itu turut merakamkan penghargaan buat warganet. Beliau malah bergurau akan mencari pasangan yang bersesuaian.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan. Anda memang suka saya menikah ya?"

“Yang penting saya tidak beritahu saya akan bernikah. Saya hanya bermain dengan kata-kata. Terima kasih semua kerana mendoakan saya, minta maaf jika mengecewakan anda,” katanya.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama (TV) Anugerah Seri Angkasa 2016 itu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Eman Manan pada tahun 1990 namun berpisah pada 2 Julai 2003.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan