Obama hulur sokongan padu kepada calon presiden Democrat Kamala Harris
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Andrew Harnik / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)
CHICAGO: Mantan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama memberikan sokongan padu kepada calon presiden DemoCrat, Kamala Harris ketika beliau menyampaikan ucapan penutup pada hari kedua Konvensyen Nasional Parti Democrat pada Selasa malam (20 Ogos).
"Amerika sudah bersedia untuk membuka lembaran baharu. Amerika sudah bersedia untuk perjalanan yang lebih baik. Kita sudah bersiap sedia untuk Presiden Kamala Harris," kata Encik Obama kepada orang ramai yang bersorak di Chicago, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kamala Harris sudah bersiap sedia untuk menggalas tugas ini. Beliau adalah seseorang yang mengabdikan hidupnya untuk memperjuangkan hak mereka yang tidak berdaya dan seorang pejuang," kata mantan presiden itu.
Encik Obama juga telah mengkritik calon presiden Parti Republican, Donald Trump, yang akan bersaing dengan Cik Harris dalam Pilihan Raya Presiden Amerika pada November ini.
"Di sini ada seorang hartawan berusia 78 tahun yang tidak putus-putus mengeluh tentang masalahnya sejak turun dari eskalator emasnya sembilan tahun laluā¦
"Kita tidak memerlukan empat tahun lagi kekacauan, kekecohan dan huru-hara. Kita telah menyaksikan āfilemā itu dan kita semua tahu bahawa sekuel biasanya lebih teruk," kata Encik Obama.
Awal dari itu pada Selasa, Parti Democrat secara rasmi mengesahkan Cik Harris sebagai calon presiden parti tersebut untuk Pilihan Raya Presiden pada 5 Nov.
Cik Harris dijadual menyampaikan ucaptama pada konvensyen itu pada Khamis malam (22 Ogos).

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.