Skip to main content

Dunia

Obama, Clinton antara sasaran 'kiriman bom' jelang pilihan raya AS

Mantan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan mantan Setiausaha Negara Hillary Clinton adalah antara individu yang menjadi sasaran bungkusan-bungkusan yang disyaki mengandungi bom.

Anggaran Waktu Membaca:
Obama, Clinton antara sasaran 'kiriman bom' jelang pilihan raya AS

Encik Barack Obama dan Cik Hillary Clinton. (Gambar: Spencer Platt/AFP)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 11:29AM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 11:33AM

WASHINGTON/NEW YORK: Mantan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan mantan Setiausaha Negara Hillary Clinton adalah antara individu yang menjadi sasaran bungkusan-bungkusan yang disyaki mengandungi bom yang dikirimkan kepada beberapa ahli Demokrat berprofil tinggi dan juga agensi berita CNN. Pegawai di New York menyifatkannya sebagai satu perbuatan pengganasan.

Bungkusan-bungkusan yang mencurigakan itu, sekurang-kurangnya lima bungkus, berjaya dipintas sebelum ia dikirimkan kepada para penerima, termasuk mantan Peguam Negara Eric Holder dan mantan Pengarah Agensi Risikan Pusat John Brennan, menurut FBI.

Bagaimanapun tiada bungkusan yang meletup dan tiada kecederaan dilaporkan. Sejauh ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas perbuatan itu.

Berita mengenai ancaman-ancaman itu meningkatkan ketegangan menjelang pilihan raya yang bakal diadakan pada 6 November, yang akan memutuskan sama ada Demokrat akan menguasai satu atau kedua-dua dewan Kongres daripada parti Republican dan jika ini berlaku ia akan menjejas kuasa majoriti parti pimpinan Presiden Donald Trump itu.

Presiden Donald Trump memberitahu sebuah rapat politik di Wisconsin bahawa pemerintah akan menjalankan "siasatan menyeluruh".

"Sebarang tindakan atau ancaman keganasan politik adalah serangan terhadap demokrasi kita," kata Encik Trump. "Kami mahu semua pihak bersatu bagi membawa keamanan dan keharmonian di negara ini," tegas Encik Trump.

Sumber : CNA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita