Nusantara akan dapat status ibu kota politik Indonesia jelang 2028
Bandar Nusantara di Kalimantan Timur akan dijadikan ibu kota politik Indonesia.
Anggaran Waktu Membaca:

Bangunan Istana di Nusantara. (Gambar: Antara)
KALIMANTAN TIMUR: Bandar Nusantara di Kalimantan Timur akan dijadikan ibu kota politik Indonesia.
Ketua Pihak Berkuasa Ibu Kota Nusantara (OIKN) Basuki Hadimuljono pada Sabtu (25 Jan) berkata bahawa Presiden Prabowo Subianto merancang untuk menjadikan Nusantara sebagai ibu kota politik Indonesia selewat-lewatnya pada 2028.
Presiden Prabowo juga telah mengarahkan OIKN dan Kementerian Pekerjaan Umum Indonesia untuk mengkaji semula reka bentuk kompleks pejabat institusi perundangan dan kehakiman di bandar Nusantara.
"Penting untuk mempercepatkan pembangunan bandar Nusantara antara tahun 2025 hingga 2028, terutamanya dalam sektor perundangan dan kehakiman, termasuk pejabat, kediaman pegawai, dan prasarana lain," kata Encik Hadimuljono.
Kementerian Pekerjaan Umum sudah melakarkan reka bentuk asas bagi ekosistem dan beberapa kompleks yang bakal menempatkan bangunan institusi perundangan dan kehakiman.
Namun, Presiden Prabowo menggesa agar reka bentuk tersebut dikaji dan dinilai semula.
"Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Pekerjaan Umum untuk membentuk sebuah pasukan reka bentuk yang akan dibimbing oleh Presiden," tambah Encik Hadimuljono.
Demi mempercepat pembangunan Nusantara, pemerintah dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bersetuju untuk memperuntukkan Rp48.8 trilion (S$4.5 juta) dalam Belanjawan Negara 2025.
OIKN dan Kementerian Pekerjaan Umum menyasarkan ekosistem perundangan dan kehakiman Nusantara dapat beroperasi selewat-lewatnya pada tahun 2028.
"Presiden Prabowo Subianto merancang menjadikan bandar Nusantara sebagai ibu kota politik menjelang 2028, membolehkan institusi eksekutif, perundangan, dan kehakiman mempunyai pejabat sendiri di ibu kota Indonesia itu menjelang tahun tersebut," kata Encik Hadimuljono.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.