Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nurul Izzah tidak mahu jawatan Kabinet, dedah Anwar

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa anaknya, Nurul Izzah tidak berhasrat untuk menyertai Kabinet walaupun memegang jawatan kanan dalam parti komponen kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Anggaran Waktu Membaca:
Nurul Izzah tidak mahu jawatan Kabinet, dedah Anwar

Gambar: New Straits Times

Diterbitkan : 19 May 2018 10:23AM Dikemas Kini : 19 May 2018 10:27AM

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa anaknya, Nurul Izzah tidak berhasrat untuk menyertai Kabinet walaupun memegang jawatan kanan dalam parti komponen kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Anwar berkata demikian di sesi temu bual program 101 East terbitan stesen TV Aljazeera yang disiarkan semalam (18 Mei) sebagai menjawab pertanyaan wartawan kemungkinan mereka membina dinasti keluarga politik jika Cik Nurul Izzah dilantik dalam Kabinet bersama ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, keputusan Cik Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibuat oleh anaknya dan dimaklumkan kepada parti, lapor Harian Metro.

"Wan Azizah ialah presiden parti... anak perempuan saya sudah memberitahu parti bahawa dia tidak bercadang menyertai Kabinet walaupun dia adalah pemimpin paling kanan selepas Timbalan Presiden yang sekarang menjadi Menteri Besar.

"Dia (Nurul Izzah) berada pada kedudukan paling kanan dalam parti tetapi enggan (diberikan jawatan Kabinet). Apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Azizah akan meletakkan jawatan. Itulah juga pemahaman yang diketahui secara umum," kata beliau.

Selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR memegang portfolio Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Sementara itu ditanya sama ada beliau percaya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab menyebabkan beliau dipenjarakan dan dianggap secara moral tidak layak mentadbir, Datuk Seri Anwar berkata, ia ada sejarah 20 tahun lalu dan tindakannya itu berdasarkan pertimbangan untuk melindungi dan menyelamatkan negara daripada rasuah, lantas membuat perubahan.

"Sebagai seorang Muslim dan seorang manusia, terimanya secara positif. Ia sentiasa menjadi prinsip bahawa sesiapa yang mahu membuat perdamaian dengan anda, anda harus menerima dengan semangat yang betul. Tetapi bolehkah kita percaya? Ia mengambil masa. Ia adalah satu keputusan yang sangat menyakitkan. Ia adalah satu keputusan yang sukar," kata beliau, menurut Harian Metro.

Mengulas sama ada pembentukan kerajaan baru PH disebabkan gabungan empat parti pembangkang itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atau disebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak tumbang, Datuk Seri Anwar berkata ia adalah gabungan kedua-dua faktor.

Beliau berkata, kemenangan itu adil kerana pakatan pembangkang bekerja keras selepas PRU 2008 berakhir sehingga memenangi undi majoriti pada PRU 2013.

Ditanya adakah pelantikan lima jawatan tertinggi dalam kerajaan yang diterajui satu kaum sebagai satu permulaan yang tepat dalam melahirkan politik Malaysia baru, Datuk Seri Anwar berkata, rakyat Malaysia majoritinya Melayu Bumiputera melebihi 60 peratus daripada jumlah penduduk.

"Namun portfolio utama iaitu Menteri Kewangan diberikan kepada pemimpin Cina, (Lim Guan Eng). Apa yang penting ialah semua pemimpin ini adalah rakyat Malaysia.

"Menteri Kewangan adalah orang Cina tetapi dia orang Malaysia, yang berfikir seperti rakyat Malaysia, yang ada untuk melindungi kepentingan ekonomi Malaysia dan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum," katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan