Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nurul Izzah tidak lagi jadi Penasihat Kanan Ekonomi, Kewangan PM M'sia Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Nurul Izzah tidak lagi jadi Penasihat Kanan Ekonomi, Kewangan PM M'sia Anwar

(Gambar: Facebook/Nurul Izzah Anwar)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada Ahad (12 Feb) memaklumkan bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, lapor Malaysiakini.

Cik Nurul Izzah dalam satu kenyataan berkata, ini berikutan beliau menerima pelawaan untuk menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan bagi membantu usaha memperkukuh ekonomi negara tersebut.

"Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Mohd Hassan Marican, telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat. Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini."

"Menerusi peranan baru ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada YAB Perdana Menteri. Saya amat menghargai setiap
peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia."

Menurut laporan Malaysiakini, Cik Izzah berkata beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas setiap sokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan masyarakat Kerajaan.

Sebelum ini, Encik Hassan berkata beliau menyampaikan undangan kepada Cik Nurul Izzah, bersama pengurus kanan Petronas Encik Khairil Anuar Ramli.

Encik Anwar sebelum ini menerima kritikan hebat selepas mengumumkan pelantikan Cik Nurul Izzah sebagai penasihat kanannya, yang didakwa merupakan amalan kronisme.
Perdana Menteri Malaysia itu bagaimanapun menyebut mengenai latar belakang akademik Cik Nurul Izzah, malah anak perempuannya itu tidak akan menerima sebarang gaji daripada jawatan tersebut, bagi mempertahankan pelantikannya.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan