Skip to main content

Dunia

Nurul Izzah dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR, kalahkan Rafizi

Cik Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti tersebut, pada Jumaat (23 Mei), lapor BH Online.

Anggaran Waktu Membaca:
Nurul Izzah dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR, kalahkan Rafizi

Cik Nurul Izzah Anwar (kanan) dan Encik Rafizi Ramli. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Cik Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti tersebut, pada Jumaat (23 Mei), lapor BH Online.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr Zaliha Mustafa, selepas selesai perasmian Kongres Nasional Keadilan 2025 yang berlangsung di Johor Bahru.

Cik Nurul Izzah merupakan mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Beliau memperoleh 9,803 undi dalam pemilihan tersebut, mengalahkan penyandang jawatan berkenaan, Encik Rafizi Ramli yang meraih 3,886 undi, lapor BH Online.

Berdasarkan laporan BH Online, terdahulu, Encik Rafizi pernah kalah dalam persaingan bagi jawatan Presiden PKR pada 2018. Ketika itu, beliau bertanding dengan mantan Menteri Besar Selangor, Encik Mohamed Azmin Ali pada pemilihan 2018.

Dalam pemilihan 2022 pula, Encik Rafizi mengalahkan mantan Setiausaha Agung PKR, Encik Saifuddin Nasution Ismail.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita