Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nurul Izzah dilantik Naib Presiden PKR

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Saifuddin Nasution Ismail pula kembali menyandang jawatan setiausaha agung parti itu.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Nurul Izzah dilantik Naib Presiden PKR

Nurul Izzah Anwar. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Naib Presiden PKR, manakala Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Saifuddin Nasution Ismail kembali menyandang jawatan setiausaha agung parti itu.

Perkara tersebut diumumkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam rakaman audio yang dikongsi bersama media menerusi WhatsApp parti itu selepas mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR penggal 2022-2025 malam semalam (20 Jul).

Dua lagi Naib Presiden yang turut dilantik ialah Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Awang Sahari dan Saraswathy Kandasamy, sementara Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil sebagai Ketua Penerangan, Ahli Parlimen Selayang William Leong (Bendahari) dan Zahir Hassan (Ketua Setiausaha Pengelola).

Selain itu, lima ahli MPP yang dilantik ialah Ahli Parlimen Tawau Christina Liew, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail, Manivanan Gowin, Yuneswaran Ramaraj dan Abun Sui Anyit.


Semasa Kongres Nasional PKR Ahad lalu (17 Jul), Jawatankuasa Pemilihan Parti mengumumkan secara rasmi bahawa Encik Anwar kekal sebagai Presiden parti selepas menang tanpa bertanding, sementara Mohd Rafizi Ramli dipilih selaku Timbalan Presiden yang baru, mengalahkan Saifuddin Nasution.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan