Norway edar 10,000 al-Quran bantu perangi perkauman, kebencian
Persatuan Islam Norway akan mengedarkan 10,000 naskah al-Quran terjemahan bahasa negara itu dalam usaha memerangi perkauman dan kebencian.
Gambar hiasan.
OSLO: Persatuan Islam Norway akan mengedarkan 10,000 naskah al-Quran terjemahan bahasa negara itu dalam usaha memerangi perkauman dan kebencian.
Ia bekerjasama dengan Persatuan Kesusasteraan Islam dan masjid Minhajul Quran.
Keputusan tersebut dibuat selepas kumpulan pelampau berhaluan kanan cuba membakar senaskah al-Quran ketika bantahan di Kristiansand, bandar yang diduduki ramai pendatang.
Tindakan anggota Stop the Islamization of Norway (SION) dihalang polis tetapi pemimpinnya melemparkan al-Quran ke dalam tong sampah.
Turki, Pakistan dan Iran memberi reaksi keras berhubung kejadian pada 16 November lalu dengan mengeluarkan kritikan rasmi.
“Kami mahu bertindak balas dengan tindakan negatif dengan menyebarkan kasih sayang dan pengetahuan seperti diajar al-Quran,” menurut Persatuan Seni dan Budaya Islam dalam satu kenyataan yang menyatakan naskah suci itu akan diedarkan menerusi internet.
Duta Turki ke Oslo, Fazli Corman memberitahu Agensi Anadolu bahawa pejabatnya memantau rapat perkembangan yang mengambil berat kebajikan penduduk Islam Norway.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.