Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Noh Omar dakwa dipecat dari UMNO serta-merta

Anggaran Waktu Membaca:
Noh Omar dakwa dipecat dari UMNO serta-merta

Gambar: Agensi berita

Diterbitkan : 27 Jan 2023 10:49PM Dikemas Kini : 27 Jan 2023 10:50PM
KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Noh Omar pada Jumaat (27 Jan) mendakwa dia dipecat daripada UMNO.

Bercakap kepada media di luar ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Encik Noh berkata, pada asalnya dia digantung keahliannya selama enam tahun.

Bagaimanapun, kata Encik Noh, beliau memberitahu MKT jika digantung selama enam tahun adalah lebih baik parti itu memecat saja keanggotannnya.

“Buat apa (parti) gantung saya? Sebaliknya saya minta presiden (Ahmad Zahid Hamidi) pecat saja saya."

“Presiden bersetuju dengan permintaan saya dan kata saya telah dipecat dengan serta-merta,” katanya, lapor agensi berita Malaysia kini.

Ketika laporan ini diterbitkan, MKT UMNO masih bermesyuarat. Pertemuan pada Jumaat menarik perhatian banyak pihak dengan status bekas ketua Pemuda UMNO banyak disebut ramai.

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Malaysia Isham Jalil menjelaskan keputusan itu dibuat selepas Encik Noh sendiri minta dia dipecat.

Kata Encik Isham, Encik Noh memaklumkan perkara tersebut semasa menghadiri mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat malam, dipetik Malaysiakini.

Sebelum ini, lembaga disiplin parti meneliti dan membuat keputusan untuk menggantung keahlian Encik Noh atas sebab melanggar disiplin semasa pilihan raya umum baru-baru ini.

Encik Noh pernah menjadi menteri dalam kabinet BN dengan kali terakhir menganggotai barisan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob sebelum parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.

Jawatan terakhir Encik Noh adalah menteri pembangunan usahawan dan koperasi.

Bagaimanapun dalam PRU ke-15 lalu Encik Noh digugurkan daripada mempertahankan kerusi Tanjung Karang. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan itu sejak 1995.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan