Skip to main content

Dunia

Niger tutup ruang udara; tentera enggan serah kembali kuasa presiden

Anggaran Waktu Membaca:
NIAMEY: Pemerintah tentera Niger mengumumkan, mereka telah menutup ruang udara negara itu.

Mereka juga memberi amaran, akan melancarkan tindak balas "bertenaga dan segera" sekiranya mereka diserang.

Pengumuman itu dibuat menjelang tarikh tamat yang diberikan blok ECOWAS Afrika Barat kepada tentera Niger, agar mereka menyerahkan kembali kuasa kepada Presiden Mohamed Bazoum.

Encik Bazoum telah digulingkan pada bulan lalu dan dikenakan tahanan dalam rumah.

Minggu lalu, ECOWAS mengeluarkan amaran kepada pemerintah tentera baru Niger agar berundur dalam minggu ini, atau menghadapi kemungkinan campur tangan ketenteraan.
Sumber : AGENCIES/KH/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita