Niger potong bekalan elektrik, air ke kedutaan Perancis
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
NIAMEY: Pentadbiran tentera Niger memotong bekalan air dan elektrik ke kedutaan Perancis di Niamey, selain tidak membenarkan khidmat penghantaran makanan ke premis berkenaan, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik beberapa laporan di media sosial pada Ahad (27 Ogos).
Selain kedutaan di ibu negara Niger itu, kepimpinan negara tersebut juga mengenakan tindakan yang sama ke atas konsulat Perancis di Zinder.
Presiden Jawatankuasa Sokongan Kebangsaan Majlis Kebangsaan bagi Melindungi Negara (CNSP), Elh Issa Hassoumi Boureima, turut meminta semua rakan pangkalan-pangkalan Perancis di Niger supaya menggantung bekalan air dan elektrik serta produk makanan.
Menurut laporan itu, mana-mana rakan kongsi yang terus membantu Perancis membekalkan barangan dan perkhidmatan, akan dianggap "musuh rakyat berdaulat”.
Tentera yang menggulingkan presiden Mohamed Bazoum, sebelum ini memberikan tempoh dua hari, yang berakhir pada Ahad, kepada duta Perancis Sylvain Itte untuk meninggalkan negara itu, dengan ketegangan berterusan sejak rampasan kuasa itu.
Niger bergelora apabila Jeneral Abdourahamane Tchiani, mantan komander pengawal presiden, menggulingkan Encik Bazoum pada 26 Julai lalu.

Awal bulan ini, Perancis melancarkan operasi untuk memindahkan warganya serta rakyat negara lain dari Niamey.
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.