NGO, individu digalak beli barangan buatan M'sia bagi sumbangan mangsa banjir
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
SHAH ALAM: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang akan terlibat dalam misi bencana banjir digalak mengutamakan pembelian produk tempatan sebagai barang sumbangan kepada mangsa.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Rosol Wahid berkata ia secara tidak langsung membantu pengusaha khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk memajukan perniagaan mereka.
“Kita tahu rakyat Malaysia adalah rakyat yang budiman. Apa sahaja bencana berlaku, ramai yang tampil untuk beri bantuan.
“Cuma harapan saya, barangan bantuan itu pilihlah barangan buatan Malaysia kerana kita ada pelbagai jenis barangan untuk pakaian, makanan, peralatan elektrik dan sebagainya,” katanya kepada wartawan selepas Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2022 di Shah Alam pada Khamis (15 Sep).
Dalam pada itu, Encik Rosol berkata kementeriannya mengunjurkan peningkatan 2.5 peratus nilai jualan sempena KBBM tahun ini daripada RM3.2 bilion (S$994 juta) dicatatkan pada kempen sama tahun lepas.
Beliau berkata unjuran itu selaras dengan perkembangan pemulihan ekonomi yang rancak ketika ini dan dengan promosi berterusan KBBM, ia akan melonjakkan permintaan barangan tempatan dalam pasaran.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.