Skip to main content

Dunia

New Zealand usul aturan perjalanan khas dengan Kepulauan Cook

Perjalanan berdasarkan aturan khas itu adalah yang pertama bagi New Zealand sejak sempadan seantero dunia ditutup.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand usul aturan perjalanan khas dengan Kepulauan Cook

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Dec 2020 01:10PM Dikemas Kini : 12 Dec 2020 01:12PM

SYDNEY: New Zealand dan Kepulauan Cook akan membenarkan para penduduk dari kedua-dua negara untuk melakukan perjalanan rentas sempadan tanpa perlu dikuarantin, menurut kedua-dua negara hari ini (12 Dis).

Perjalanan berdasarkan aturan khas itu adalah yang pertama bagi New Zealand sejak sempadan seantero dunia ditutup bagi membendung penularan virus yang boleh membawa maut itu.

Para pemimpin negara Pasifik Selatan berkata mereka sudahpun mengarahkan para pegawai supaya membuat persiapan yang sewajarnya bagi menyambung semula perjalanan rentas sempadan mengikut aturan khas tersebut mulai suku pertama 2021, sambil merujuk kepada kadar jangkitan yang rendah dan "hubungan istimewa" yang terjalin antara negara di rantau berkenaan.

Kepulauan Cook adalah satu-satunya negara yang masih bebas daripada jangkitan COVID-19.

New Zealand seperti negara-negara lain di merata dunia mula menutup sempadannya pada bulan Mac bagi membendung penularan virus korona itu.

Australia juga mahu menyediakan aturan perjalanan yang serupa dengan New Zealand dan negara itu sudah membuka semula sempadannya tetapi ditolak oleh New Zealand buat masa ini.

"Perjanjian ini mengiktiraf hubungan istimewa antara New Zealand dengan Kepulauan Cooks," kata Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dalam kenyataannya. 

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita