New Zealand umumkan semakan pengendalian terhadap pandemik COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:

Bandar Auckland, New Zealand (Gambar hiasan: Dean Purcell/NZ Herald melalui AP)
WELLINGTON: Pemerintah New Zealand menyatakan pada Isnin (5 Dis) bahawa ia akan melancarkan siasatan mengenai pengendalian pandemik COVID-19 di negara itu supaya pemerintah masa hadapan boleh menimba pengajaran daripada pengalaman tersebut.
Suruhanjaya Diraja, siasatan awam peringkat tertinggi di New Zealand, akan meneliti respons keseluruhan, menurut pemerintah itu dalam satu kenyataan.
Ia termasuk mempertimbangkan langkah-langkah ekonomi, seperti tindak balas dasar fiskal dan kewangan, namun tanpa menyemak keputusan bank pusat tertentu.
Matlamatnya adalah untuk mengenal pasti pengajaran yang boleh diterapkan dalam pandemik masa depan.
"Sudah lebih 100 tahun sejak kami mengalami pandemik sebesar skala ini. Jadi ia penting untuk kami mengumpulkan apa langkah yang berkesan dan apa yang boleh kita pelajari daripada pandemik sekiranya ia berlaku sekali lagi," kata Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dalam satu kenyataan.
Tindak balas pantas New Zealand terhadap pandemik dan pengasingan geografinya daripada negara lain memastikan negara itu sebahagian besarnya bebas COVID-19 sehingga hujung tahun 2021. Ini sekaligus membuatkan Cik Ardern berjaya memenangi sokongan kukuh daripada masyarakat tempatan.
Namun, kemarahan orang ramai berhubung peraturan wajib vaksin untuk individu yang bekerja dalam sektor-sektor seperti kesihatan dan pendidikan serta penutupan sempadan yang ketat mendorong bantahan diadakan pada awal tahun ini.
Tindak balas kewangan pemerintah juga kini dipersalahkan oleh sesetengah parti pembangkang politik kerana menyumbangkan kepada kadar inflasi yang tinggi selama tiga dekad.
Semakan itu akan dimuktamadkan pada pertengahan 2024, menurut pemerintah.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.