New Zealand terus cari mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan
Anggaran Waktu Membaca:
WELLINGTON: Pasukan kecemasan New Zealand pada Jumaat (23 Jan) meneruskan pencarian mangsa tanah runtuh yang melanda sebuah tapak perkhemahan yang sibuk di North Island negara itu pada Khamis (22 Jan) akibat hujan lebat.
Tanah runtuh itu berlaku di Gunung Maunganui di pantai timur pulau tersebut pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan pada Khamis (22 Jan), menyebabkan tanah dan runtuhan menghempap tapak perkhemahan yang penuh dengan orang ramai.
Polis melaporkan seramai sembilan orang mungkin hilang, termasuk kanak-kanak. Keluarga yang sedang menikmati cuti sekolah musim panas adalah antara mereka yang berkhemah di situ. Gambar-gambar menunjukkan kenderaan rekreasi dan sekurang-kurangnya satu bangunan tertimbus.
Perdana Menteri Christopher Luxon dijadual melawat kawasan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini pada Jumaat.
Datuk Bandar Mahe Drysdale memberitahu Radio New Zealand bahawa walaupun pasukan mencari dan menyelamat bekerja sepanjang malam di tapak tersebut, masih tiada perkembangan dalam usaha menemui mangsa yang hilang.
“Ini sangat sukar, dan kami bersama keluarga mangsa. Ketidakpastian tentang di mana mereka berada dan bila kita akan mendapat keputusan adalah sesuatu yang sangat berat,” kata Encik Drysdale.
Beliau berkata kawasan itu masih tidak stabil. Menteri Pengurusan Kecemasan dan Pemulihan, Mark Mitchell, memberitahu Radio New Zealand bahawa keadaan di sana sangat mencabar dan sukar. Beliau juga berkata polis sedang memeriksa sama ada terdapat peserta perkhemahan yang sudah beredar tanpa memberitahu pihak berkuasa.
Tanah runtuh itu berlaku selepas hujan lebat melanda sebahagian besar pantai timur North Island awal minggu ini dan menyebabkan kerosakan yang meluas.
Satu lagi kejadian tanah runtuh di bandar jiran, Papamoa, mengorbankan dua orang pada Khamis, manakala seorang lelaki dihanyutkan bersama kenderaannya di utara Auckland pada Rabu.
Jalan raya masih ditutup di beberapa kawasan yang terjejas teruk, menyebabkan beberapa bandar di North Island tidak dapat dilalui menerusi jalan darat. Pertubuhan pertahanan awam di daerah Tairawhiti memberi amaran supaya orang ramai tidak melintasi kawasan tanah runtuh untuk mengambil air dan makanan kerana bimbang akan berlaku runtuhan susulan.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.