New Zealand sudah bertahun-tahun cuba hantar pulang penyerang pasar raya Auckland
Pihak berkuasa New Zealand menyatakan negara itu sudah bertahun-tahun mencuba untuk menghantar pulang penyerang di pasar raya Auckland ke negara asalnya.
Para pegawai polis di tempat kejadian serangan pengganas di sebuah pusat beli-belah di Auckland, New Zealand pada 3 Sep. (Gambar: REUTERS)
WELLINGTON: Pihak berkuasa New Zealand menyatakan negara itu sudah bertahun-tahun mencuba untuk menghantar pulang penyerang di pasar raya Auckland ke negara asalnya.
Timbalan Perdana Menteri Grant Robertson berkata kerajaannya sedang menyemak semula Akta Imigresen negara itu secara menyeluruh.
Lelaki yang melakukan serangan tikaman di pasar raya Auckland itu, iaitu seorang warga Sri Lanka, tiba di New Zealand 10 tahun lalu menggunakan visa pelajar dan menerima status pelarian pada 2013.
Namun pihak berkuasa kemudian mendapati, status perlindungan itu diperolehi secara tidak jujur.
Akibatnya pihak berkuasa New Zealand menarik balik perlindungan tersebut dan mengeluarkan notis pengusiran terhadap penyerang tersebut pada 2019.
Namun proses guaman menyebabkan kelengahan.
DPM Robertson mempertahankan kerajaannya sambil berkata para pegawai sudah mencuba segala ikhtiar di sisi undang-undang untuk mengusir suspek.
Beliau berkata rangka kerja dan tindakan undang-undang New Zealand akan disemak untuk memastikan agar serangan serupa tidak berulang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.