New Zealand sedia hulur bantuan kemanusiaan kepada Turki & Syria
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: REMI BANET / AFP
WELLINGTON: New Zealand akan segera menyediakan bantuan sokongan kemanusiaan kepada para penduduk yang terjejas akibat gempa bumi dahsyat di Turki dan Syria, kata Menteri Luar Nanaia Mahuta pada Selasa (7 Feb).
"New Zealand amat sedih atas kehilangan nyawa serta kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi ini," katanya.
Pemerintah New Zealand menghulurkan sumbangan awal sebanyak AS$950,000 kepada Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) di Turki dan Syria bagi membantu memenuhi keperluan kemanusiaan di sana.
"Sumbangan kemanusiaan kami akan menyokong pasukan Bulan Sabit Merah Turki dan Bulan Sabit Merah Arab Syria untuk menghantar barangan bantuan penting seperti bekalan makanan, khemah dan selimut serta menyediakan bantuan perubatan bagi menyelamatkan nyawa selain sokongan psikologi.
"Para pegawai kami akan terus memantau keperluan kemanusiaan dan membuat penilaian mengenai jenis bantuan selanjutnya," kata Cik Mahuta.
Melalui IFRC, AS$630,000 akan digunakan untuk membantu Turki dan AS$316,172.5 kepada Syria.
Lebih 4,300 orang terbunuh dan beribu-ribu yang lain cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatan Turki dan barat laut Syria pada awal Isnin (6 Feb) ketika pasukan penyelamat tempatan bergelut dengan musim sejuk yang teruk untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan.
Sekurang-kurangnya 78 gegaran susulan direkodkan, kata Naib Presiden Turki Fuat Oktay. Gegaran itu turut dirasakan di Lubnan, Israel dan Cyprus.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.