Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand sambut pelawat Australia sedang sekatan sempadan dilonggarkan

Warga Australia mula tiba di New Zealand pada Rabu (13 Apr) selepas negara itu membuka semula sempadannya kepada warga Australia buat pertama kalinya sejak pertengahan 2021.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand sambut pelawat Australia sedang sekatan sempadan dilonggarkan

Sebuah pesawat Air New Zealand berlepas dari Lapangan Terbang Auckland. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 13 Apr 2022 10:41AM Dikemas Kini : 13 Apr 2022 10:41AM

WELLINGTON: Warga Australia mula tiba di New Zealand pada Rabu (13 Apr) selepas negara itu membuka semula sempadannya kepada warga Australia buat pertama kalinya sejak pertengahan 2021.

New Zealand mempunyai antara kawalan sempadan paling ketat di dunia semasa pandemik COVID-19 sebagai sebahagian daripada usaha pemerintah bagi membendang penularan koronavirus.

Aturan Khas Perjalanan Udara atau 'travel bubble' antara New Zealand dan Australia digantung pada pertengahan 2021 selepas penularan COVID-19.

Pemerintah bagaimanapun mula melonggarkan langkah-langkah sekatan secara beransur-ansur dengan harapan dapat memacu pelancongan dan mengurangkan isu kekurangan pekerja.

"Ini adalah langkah pertama dalam menyambut pelawat antarabangsa kembali ke negara kami dan kami sangat teruja bagi kedua-dua New Zealand dan Air New Zealand," menurut Ketua Pegawai Pelanggan dan Penjualan Air New Zealand Leanna Geraghty dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat penerbangan itu, ia mengendalikan 11 penerbangan hampir penuh dari Australia dengan yang pertama mendarat di Lapangan Terbang Auckland awal pagi tadi.

Rakaman televisyen menunjukkan pertemuan penuh emosi anggota keluarga dan rakan-rakan semasa dua penerbangan dari Australia mendarat di Auckland. Papan-papan tanda juga diberikan kepada mereka yang menunggu di Dewan Ketibaan dengan ucapan "Hello & Kia Ora & G'day & Welcome".

Pelancong dari negara-negara yang tidak perlu visa termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Singapura boleh berkunjung semula ke New Zealand mulai 1 Mei. Sempadan akan terus ditutup bagi pelawat lain sehingga Oktober.

Sumber : Reuters/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa