Skip to main content

Dunia

New Zealand sambung semula usaha cari mangsa tanah runtuh

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand sambung semula usaha cari mangsa tanah runtuh
Seorang pekerja kecemasan memeriksa tempat kejadian tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di Gunung Maunganui, New Zealand, pada 24 Januari 2026. (Gambar fail: Reuters/David Rowland)
Diterbitkan : 26 Jan 2026 11:11AM Dikemas Kini : 26 Jan 2026 11:12AM
  • Polis New Zealand meneruskan pencarian mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Gunung Maunganui selepas penangguhan kerana risiko ketidakstabilan tanah.
  • Kejadian berlaku pada 22 Jan akibat hujan lebat, menyebabkan enam orang termasuk dua remaja dipercayai terkorban.
  • Mayat mangsa telah ditemui namun belum dikenal pasti, dan pencarian disambung semula pada 26 Jan oleh pasukan polis.
  • Majlis peringatan diadakan pada Ahad di taman berdekatan, dihadiri Perdana Menteri Christopher Luxon, Menteri Mark Mitchell dan 200 penduduk tempatan.
Dijana oleh AI
WELLINGTON: Polis New Zealand pada Isnin (26 Jan) menyambung semula usaha pencarian mangsa-mangsa tanah runtuh yang melanda sebuah tapak perkhemahan di North Island di negara itu minggu lalu.

Enam orang, termasuk dua remaja, dipercayai meninggal dunia selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh pada Khamis (22 Jan) di Gunung Maunganui di pantai timur pulau tersebut.

Ini menyebabkan tanah dan serpihan mengalir ke tapak tersebut di bandar Tauranga, yang sesak dengan keluarga semasa cuti musim panas.

Mayat mangsa ditemui di tapak tersebut pada Sabtu, namun polis masih belum mengesahkan sama ada ia sudah pun dikenal pasti.

Pada Ahad, usaha untuk mencari mangsa-mangsa ditangguhkan selepas seorang pemandu kontraktor menyedari potensi ketidakstabilan pada permukaan tanah runtuh tersebut.

Komandan Daerah Bay of Plenty Tim Anderson berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa usaha pencarian disambung semula pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan (5.30 pagi, waktu Singapura).

Satu majlis peringatan diadakan untuk mangsa-mangsa di sebuah taman berdekatan pada Ahad, yang dihadiri oleh sekitar 200 penduduk tempatan serta Perdana Menteri Christopher Luxon dan Menteri Pengurusan Kecemasan Mark Mitchell, menurut Radio New Zealand.

Encik Luxon berkata dalam catatannya di X bahawa ia adalah "sangat istimewa untuk menyertai masyarakat Gunung Maunganui" untuk mengenang nyawa-nyawa diragut.
Sumber : Reuters/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita