Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand peringati 2 tahun serangan 2 masjid di Christchurch

New Zealand mengadakan upacara negara pada Sabtu (13 Mac) memperingati 51 orang yang mati dibunuh dalam serangan pengganas di dua masjid di bandar Christchurch dua tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand peringati 2 tahun serangan 2 masjid di Christchurch

Masjid Al-Noor, Christchurch, New Zealand. (Gambar: Sanka VIDANAGAMA / AFP)

Diterbitkan : 13 Mar 2021 07:21PM Dikemas Kini : 13 Mar 2021 07:23PM

WELLINGTON: New Zealand mengadakan upacara negara pada Sabtu (13 Mac) memperingati 51 orang yang mati dibunuh dalam serangan pengganas di dua masjid di bandar Christchurch dua tahun lalu.

Dalam peristiwa itu, pelampau kulit putih warga Australia, Brenton Tarrant, menembak mati para jemaah yang menunaikan solat Jumaat.

Dalam upacara hari ini Perdana Menteri, Jacinda Ardern dalam kalangan 400 orang yang menghadiri upacara di Christchurch Arena.

Perhimpunan tersebut adalah yang pertama diadakan bagi memperingati peristiwa berdarah itu. Upacara rasmi serupa yang sepatutnya diadakan tahun lalu terpaksa dibatalkan kerana pandemik COVID-19.

Dalam ucapannya, PM Ardern berkata
New Zealand mempunyai tanggungjawab untuk melindungi masyarakat Muslimnya.

Menurut beliau lagi peristiwa tersebut perlu dijadikan pemacu untuk New Zealand menjadi negara lebih inklusif, bangga dengan kepelbagaian rakyatnya dan sanggup mempertahankan negara itu.

Dalam upacara privet di Masjid Al Noor pula Imam Gamal Fouda berkata mangsa-mangsa yang terbunuh dalam serangan itu akan sentiasa diingati.

40 orang jemaah lain turut cedera dalam serangan pada 15 Mac 2019 itu di Masjid Al Noor dan di Pusat Islam Linwood.

Menteri Kesihatan New Zealand, Andrew Little berkata perubahan terbesar yang sedang dilakukan New Zealand adalah untuk mengubah negara itu. Beliau yang memimpin tindak balas kerajaan terhadap serangan itu juga menekankan pentingnya dihapuskan anasir perkauman.

Serangan pengganas itu, antara lain, mendorong kerajaan New Zealand mengetatkan undang-undang pemilikan senjata api.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan