New Zealand naikkan levi pelancong antarabangsa tiga kali lebih tinggi
Anggaran Waktu Membaca:

Kawasan Taman Negara Mount Aspiring berdekatan Queenstown pada 20 Oktober 2023. (Gambar fail: AFP/David Gray)
WELLINGTON: Yuran kemasukan yang perlu dibayar pelancong di New Zealand dinaikkan dan kini tiga kali lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Perkembangan yang diumumkan pemerintah tempatan pada Selasa (3 Sep) ini dikritik hebat sektor pelancongan utama kerana dipercayai akan menghalang para pelancong ke sana.
Pemerintah menerusi satu kenyataan menjelaskan bahawa yuran pelancong antarabangsa, mahupun yuran pemuliharaan dan pelancongan, akan dinaikkan dari NZ$35 (S$28.40) kepada NZ$100 (S$81.20) demi "memastikan para pengunjung menyumbang kepada perkhidmatan awam dan pengalaman bermutu tinggi ketika melancong di New Zealand".
Seperti kebanyakan tempat pelancongan global lain, New Zealand bergelut dengan masalah di mana kehadiran ramai pelancong membuatnya sukar untuk menguruskan dan memelihara persekitaran semula jadi.
Yuran NZ$35 (S$28.40) diperkenalkan pada Julai 2019 tetapi tidak mencukupi untuk menampung kos yang perlu ditanggung disebabkan hadirnya begitu ramai pengunjung.
Pemerintah berkata yuran tersebut adalah memadai dan pihaknya yakin New Zealand akan terus dilihat sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Namun, Persatuan Industri Pelancongan negara itu bimbang yuran lebih tinggi akan menghambat para pelancong daripada ke sana.
Mentelah lagi, sektor pelancongan New Zealand, yang pernah menjadi penyumbang eksport terbesar negara, masih berusaha bangkit daripada kemelesetan yang dialami semasa pandemik COVID-19.
"(Sektor) pelancongan New Zealand masih ketinggalan berbanding seluruh dunia, dan ini akan menjejas lagi keupayaan kita untuk bersaing pada peringkat global," kata Ketua Eksekutif persatuan itu, Rebecca Ingram.
Data daripada Stats NZ yang dikeluarkan sebelum ini menunjukkan bahawa pendapatan eksport pelancongan bagi tahun berakhir 30 Jun adalah NZ$14.96 bilion (S$12.15 bilion), turun 5 peratus berbanding sebelum pandemik.
Jumlah pengunjung, menurut biro tersebut, adalah kira-kira 80 peratus paras sebelum penutupan sempadan.
Pemerintah New Zealand baru-baru ini turut menaikkan kos visa pengunjung. Terdapat juga usulan untuk menaikkan caj di lapangan terbang wilayah.
"Tiga perkara dijangka menjejas sektor ini sedangkan kami sedang berusaha keras bagi pemulihan ekonomi New Zealand", kata Ketua Eksekutif Lapangan Terbang NZ, Billie Moore.

Sumber : Reuters/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.