New Zealand larang guna beg plastik mulai tahun depan
Langkah itu akan dikuatkuasakan mulai Julai tahun depan
WELLINGTON: New Zealand menjadi negara terbaru bakal mengharamkan penggunaan beg plastik beli-belah pakai buang bagi melindungi alam sekitar.
Langkah itu akan dikuatkuasakan mulai Julai tahun depan.
Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata bahawa rakyat New Zealand menggunakan ratusan juta beg plastik pakai buang, setiap tahun. Sebahagiannya kemudian mencemari perairan negara itu.
Dua rangkaian pasaraya besar New Zealand, iaitu Countdown dan New World turut mengumumkan rancangan masing-masing untuk menghentikan penggunaan beg-beg plastik bagi kegunaan sekali sahaja, menjelang akhir tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.