Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand lapor jangkitan terbaru COVID-19

New Zealand merekodkan jangkitan baru COVID-19 hari ini (18 Okt) dua minggu selepas Perdana Menteri Jacinda Ardern mengisytiharkan negara itu berjaya menangani lagi penularan virus itu.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand lapor jangkitan terbaru COVID-19

Perdana Menteri Jacinda Ardern. (Gambar: AP Photo/Mark Baker)

Diterbitkan : 18 Oct 2020 08:13PM Dikemas Kini : 18 Oct 2020 08:17PM

WELLINGTON: New Zealand merekodkan jangkitan baru COVID-19 hari ini (18 Okt) dua minggu selepas Perdana Menteri Jacinda Ardern mengisytiharkan negara itu berjaya menangani lagi penularan virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Ashley Bloomfield, berkata kes terbaru itu membabitkan seorang pekerja di pelabuhan yang disahkan positif, pada Sabtu (17 Okt).

"Individu itu disaring pada hari beliau mengalami gejala, justeru Kementerian Kesihatan mengasingkan dirinya daripada kontak rapat," kata Encik Bloomfield.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Parti Buruh PM Ardern meraih kemenangan pilihan raya, yang dilihat dipengaruhi oleh usaha pemerintah pimpinannya menangani pandemik itu.

New Zealand mengisytiharkan berjaya menamatkan penularan COVID-19 di kalangan penduduknya walaupun kluster baru dikenal pasti di Auckland pada Ogos lalu hingga memaksa negara itu mengenakan sekatan pergerakan selama beberapa minggu.

Sementara itu, parti pembangkang menyifatkan kemenangan yang diraih Ardern itu bermakna beliau tidak lagi mempunyai alasan untuk gagal menunaikan janjinya.

Cik Ardern memperoleh majoriti undi bersejarah iaitu yang pertama sejak New Zealand menggunakan pungutan suara pada tahun 1996 yang bermaksud beliau dapat melaksanakan dasar pemerintah tanpa sokongan parti kecil.

Cik Ardern dikritik pada penggal pertamanya kerana tidak menunaikan janji penting seperti melindungi alam sekitar dan mengurangkan kemiskinan.

Pemimpin pembangkang, Judith Collins berkata, kejayaan Cik Ardern dalam pilihan raya itu menjadi isyarat beliau tidak boleh menyalahkan rakan sekutu kerana mengecewakan agenda progresifnya.

"Pemerintah mendapat mandat untuk melakukan semua perkara yang sudah dijanjikan, maka mereka tidak boleh menyalahkan orang lain jika tidak melaksanakannya," katanya. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan