Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand lapor 2 kes cacar monyet dalam negeri

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand lapor 2 kes cacar monyet dalam negeri

Bandar Auckland, New Zealand (Gambar hiasan: Dean Purcell/NZ Herald melalui AP)

WELLINGTON: New Zealand mengesahkan dua kes pertama jangkitan cacar monyet dalam kalangan masyarakatnya pada Khamis (6 Okt).

Ini membawa jumlah kes cacar monyet di negara itu kepada sebanyak 11 kes.

Dua kes baru itu dikenal pasti sebagai kes jangkitan tempatan di mana penyakit itu dijangkiti di New Zealand sendiri, berbanding kes-kes sebelum ini di mana para pesakit menjangkitinya di luar negara, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan New Zealand dan Health New Zealand. 

Risiko secara amnya kekal sangat rendah, menurut kedua-dua agensi kesihatan itu, sambil menambah bahawa kedua-dua kes baru itu sudah diasingkan di Auckland. 

"Ini bukan tidak dijangkakan dan jumlahnya dijangka kekal rendah," menurut kenyataan itu lagi. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan