Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand lancar kutipan dana global bagi kerja pembinaan pasca taufan

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand lancar kutipan dana global bagi kerja pembinaan pasca taufan

Gambar: AP/New Zealand Herald/Hayden Woodward

SYDNEY: New Zealand akan melancarkan rayuan bagi pengumpulan dana antarabangsa bagi kerja-kerja pembangunan semula secara besar-besaran selepas Taufan Gabrielle membadai bahagian utara negara itu awal bulan ini. 11 maut dan beribu-ribu orang terpaksa mencari tempat perlindungan berikutan bencana alam itu.

Rayuan tersebut akan membiayai projek jangka masa panjang dan menyasarkan ekspatriat mewah perniagaan dan mereka yang menyayangi negara itu, kata Perdana Menteri New Zealand Chris Hipkins pada Isnin (27 Feb).

Pemilik Facebook, Meta, menawarkan untuk mempromosikan rayuan tersebut, tambahnya.

"Salah satu perkara yang kami tahu dari pengalaman lalu ialah terdapat orang dari luar negara yang mempunyai hubungan rapat dengan New Zelaland dan ingin memberi sumbangan," kata Encik Hipkins pada sidang media untuk mengumumkan inisiatif tersebut.

Program rayuan itu akan mengikuti model kutipan dana semasa gempa bumi Christchurch yang berjaya mengumpulkan lebih NZ$94 juta (S$78 juta).

Taufan Gabrielle melanda pulau North Island New Zealand pada 12 Februari dan memusnahkan jalan-jalan raya dan jembatan.

Puluhan ribu penduduk terputus bekalan eletrik membentuk sepertiga penduduk negara itu.

Polis masih mencari empat orang yang dilaporkan hilang.

Keadaan darurat peringkat negara yang diisytiharkan iaitu kali ketiga dalam sejarah negara itu, akan diteruskan di kawasan dilanda taufan.

Encik Hipkins berkata pemerintah sedang mempertimbangkan "semua pilihan" untuk membiayai kos kerja-kerja pembinaan semula.

Ia diangkarkan akan menelan belanja NZ$13.5 bilion (S$11.9 bilion), jumlah serupa yang dibelanjakan selepas gempa bumi Christchurch.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan