Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand keluarkan amaran tsunami selepas gempa 6.9 Richter gegar Pulau Utara

Gempa bumi sekuat 6.9 Richter menggegarkan Pulau Utara New Zealand pada Jumaat (5 Mac - 2.27pagi waktu New Zealand).

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand keluarkan amaran tsunami selepas gempa 6.9 Richter gegar Pulau Utara

(Gambar: Jabatan Geologi Amerika Syarikat)

Diterbitkan : 04 Mar 2021 11:06PM Dikemas Kini : 04 Mar 2021 11:08PM

AUCKLAND: Gempa bumi sekuat 6.9 Richter menggegarkan Pulau Utara New Zealand pada Jumaat (5 Mac - 2.27pagi waktu New Zealand).

Demikian menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.

Menurut USGS, gempa itu berlaku 180 kilometer dari timur laut bandar Gisborne pada pukul 2.27 pagi (waktu New Zealand, pada kedalaman 10 kilometer.

"Berdasarkan parameter awal gempa, ombak tsunami berbahaya mungkin berlaku di pantai-pantai sekitar 300 kilometer daripada pusat gempa," menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii.

New Zealand mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai berdekatan timur Pulau Utara.

Gegarannya turut dirasakan di merata Pulau Utara, dengan para penduduk di Christchurch dan Dunedin turut melaporkan bahawa mereka merasakan gegarannya.

Penguasa Kecemasan New Zealand sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya segera berpindah ke kawasan tinggi yang terletak berhampiran.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan