New Zealand isytihar darurat di Waikato selepas banjir ragut nyawa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
- Darurat diisytiharkan di South Waikato, New Zealand selepas seorang lelaki maut akibat keretanya tenggelam dalam banjir yang berlaku selepas ribut kencang.
- Kira-kira 80 penduduk dipindahkan dari tapak perkhemahan, marae dan beberapa rumah apabila air naik membanjiri kawasan Otorohanga.
- Datuk Bandar Otorohanga Rodney Dow menggesa penduduk agar tidak melalui jalan yang dinaiki air dan segera mencari perlindungan jika rumah mereka berisiko.
- Menteri Mark Mitchell menyatakan kerajaan sedang menggerakkan bantuan kepada masyarakat terjejas, sementara pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat dan angin kencang akan berterusan serta beberapa lebuh raya masih ditutup.
WELLINGTON: Darurat diisytiharkan di wilayah South Waikato, New Zealand selepas seorang lelaki maut apabila keretanya tenggelam akibat banjir menyusuli ribut kencang semalaman, lapor Xinhua yang memetik kenyataan para pegawai pada Sabtu (14 Feb).
Lelaki itu ditemui meninggal dunia di dalam kenderaan berkenaan di Lebuhraya Wilayah 39 berhampiran Puketotara lewat Jumaat (13 Feb) selepas hujan lebat mencetuskan banjir meluas di daerah Otorohanga di wilayah Waikato, menurut polis.
Kira-kira 80 orang dipindahkan dari sebuah tapak perkhemahan, marae - iaitu tempat perhimpunan tradisional masyarakat Maori serta beberapa rumah apabila air naik membanjiri jalan dan hartanah. Datuk Bandar Otorohanga Rodney Dow melahirkan rasa dukacita atas kematian itu dan menggesa para penduduk agar tidak melalui jalan yang dinaiki air serta segera mencari perlindungan jika rumah mereka berisiko.
Menteri Pengurusan dan Pemulihan Kecemasan Mark Mitchell berkata pemerintah sedang menggerakkan bantuan kepada masyarakat terjejas banjir, kurang sebulan selepas ribut kencang melanda dan tiga tahun selepas Taufan Gabrielle mengganas pada 2023.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang diramalkan berterusan di wilayah itu sepanjang hujung minggu ini. Beberapa lebuh raya utama masih ditutup.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.