Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand buka semula sepenuhnya sempadan antarabangsa mulai 31 Jul

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand buka semula sepenuhnya sempadan antarabangsa mulai 31 Jul
Para penduduk di Wellington, New Zealand. (Gambar fail: AP)

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan pada Rabu (11 Mei) bahawa negara itu akan membuka semula sepenuhnya sempadan antarabangsa mulai jam 11.59 malam pada 31 Julai ini. Kapal pesiaran juga dialu-alukan untuk kembali berlabuh di pelabuhan tempatan pada hari yang sama, lapor Reuters.

Pembukaan semula sempadan pada akhir bulan Julai itu dijadualkan dua bulan lebih awal berbanding jangka masa yang ditetapkan oleh pemerintah sebelum ini.

Ini bermakna pelawat yang sebelum ini memerlukan visa kini boleh masuk ke New Zealand.

Dalam ucapannya semasa acara jamuan tengah hari Business NZ di Auckland, Cik Ardern berkata bahawa pembukaan semula sempadan akan membantu meredakan kekangan kemahiran mendesak, merancakkan semula sektor pelancongan dan meletakkan persekitaran imigresen di kedudukan yang lebih terjamin, lapor Reuters.

"Kami sedang memperluaskan rancangan kami yang sudah terbukti berkesan untuk menjamin masa hadapan ekonomi New Zealand," kata Cik Ardern.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan