Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand buka sempadannya ke lagi 60 negara

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand buka sempadannya ke lagi 60 negara

Gambar: AP/New Zealand Herald/Jed Bradley

Diterbitkan : 02 May 2022 04:56PM Dikemas Kini : 02 May 2022 04:57PM

WELLINGTON: New Zealand menyambut ketibaan ribuan pelawat dari seluruh dunia pada Isnin (2 Mei) sedang negara itu membuka sempadannya kepada para pelawat dari sekitar 60 negara termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Singapura buat kali pertama sejak COVID-19 melanda pada awal 2020.

Para pelawat disambut dengan persembahan budaya Maori di pintu ketibaan di Auckland dan diberikan coklat buatan tempatan sedang penerbangan pertama mendarat dari Los Angeles dan San Francisco, lapor Reuters.

Rakan-rakan dan keluarga berpelukan dan menitiskan airmata kegembiraan dapat bersatu semula setelah, sebahagian daripada mereka, terpisah lebih dua tahun lamanya.

Garth Halliday yang sedang menunggu anak lelaki, menantu perempuan dan cucu lelakinya untuk mendarat daripada London memberitahu berita tempatan bahawa beliau berasa gembira dan tersentuh melihat begitu ramai keluarga akhirnya bersatu semula, menurut laporan Reuters.

New Zealand merupakan negara dengan sekatan yang amat ketat semasa pandemik dan baru-baru ini sahaja mula melonggarkannya dengan tujuan untuk merancakkan sektor pelancongan dan meringankan beban kekurangan buruh dek varian Omicron kini sudah tersebar luas di negara itu.

Sempadan negara itu dibuka kepada rakyat New Zealand dan Australia pada bulan Februari dan Mac. Kini pelawat daripada 60 negara dengan pengecualian visa dibenarkan masuk jika mereka lengkap divaksin dan diuji negatif COVID-19. Pelawat tidak perlu menjalani pengasingan, lapor Reuters.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memberitahu hadirin di Sidang Puncak Perniagaan Amerika Syarikat di Auckland bahawa pelawat luar negara akan "mengisi kekosongan yang dirasakan oleh New Zealand dan rakyatnya".

Pada Isnin (2 Mei), 43 penerbangan antarabangsa dijadual tiba atau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland yang membawa kira-kira 9,000 penumpang.

Pelawat dari beberapa negara termasuk India dan China masih dilarang masuk ke negara itu sehingga Oktober tahun ini.

Sumber : AP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan