New York tuntut ratusan juta dolar dalam kes 'wabak penggunaan vape'.
Pegawai undang-undang tertinggi di New York, Amerika, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan menuntut ratusan juta dolar dalam bentuk denda daripada 13 pengeluar, pengedar, dan penjual e-rokok terkemuka atas dakwaan “mencetuskan wabak vape dalam kalangan belia.”

HSA menerima sekitar 4,000 dan 5,000 kes melibatkan pemilikan atau penggunaan alat vape dari polis sepanjang dua tahun kebelakangan ini. (Gambar fail: AFP/Joel Saget)
Peguam Negara Letitia James berkata satu tuntutan mahkamah sudah difailkan terhadap syarikat-syarikat yang dituduhnya “mengedar, memasarkan, dan menjual vape pakai buang berperisa secara haram.”
Pejabatnya menyatakan bahawa beliau menuntut "beratus-ratus juta dolar" sebagai pampasan kewangan bagi "kerosakan yang disebabkan oleh produk dan pemasaran syarikat-syarikat itu terhadap golongan muda di New York."
E-rokok menjadi sangat popular di seluruh dunia sejak sedekad lalu. Ia tidak mengandungi tembakau tetapi menggunakan cecair yang biasanya dipenuhi nikotin dan dihisap dalam bentuk wap.
Memandangkan vape tidak mengandungi tar, karbon monoksida, atau unsur toksik lain yang dikaitkan dengan merokok, risiko kesihatan dalam menggunakan vape dianggap lebih rendah.
Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kumpulan anti-merokok enggan mengesahkan bahawa vape kurang berbahaya daripada rokok, dengan alasan bahawa lebih banyak bukti diperlukan.
Pejabat James menyatakan terdapat pelanggaran undang-undang negeri New York dan persekutuan Amerika, dan denda yang dicadangkan termasuk "ganti rugi dan pampasan untuk kesan kesihatan awam akibat tindakan haram syarikat-syarikat tersebut."
Negeri itu juga menuntut "pengambilan semua hasil yang diperoleh daripada aktiviti haram serta penubuhan dana khas untuk menangani krisis vape dalam kalangan belia di New York."
Siasatan di New York mendapati syarikat-syarikat berkenaan memasarkan produk nikotin yang "sangat menyebabkan ketagihan, berperisa seperti gula-gula dan buah-buahan kepada pengguna bawah umur" serta memberikan maklumat yang mengelirukan mengenai keselamatan produk mereka.
“Industri vape sedang meniru taktik syarikat tembakau besar: mereka menjadikan nikotin kelihatan menarik, membuatkan kanak-kanak ketagih, dan mencipta krisis kesihatan awam yang besar,” kata James.
Nama produk dan perisa seperti "Blue Razz Slushy," "Rainbow Rapper," dan "Strawberry Cereal Donut Milk" dikatakan sengaja dicipta "untuk menarik perhatian golongan muda".
Selain itu, syarikat-syarikat itu juga menyasarkan remaja secara langsung melalui media sosial, kempen pempengaruh, serta dakwaan bahawa produk mereka adalah alternatif “selamat” kepada rokok.
Pada tahun 2020, New York mengharamkan penjualan produk vape berperisa, mengehadkan pengedaran produk nikotin, dan menaikkan umur minimum pembelian vape kepada 21 tahun.
New York itu juga melarang diskaun untuk produk vape dan mula mewajibkan syarikat tertentu untuk mendedahkan kandungan berbahaya dalam vape.
“Syarikat vape yang dinamakan dalam tuntutan ini berulang kali dan secara sedar telah melanggar undang-undang ini,” kata kenyataan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.