Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New York sahkan kes pertama COVID-19

New York mengesahkan kes pertama virus korona COVID-19, kata gabenor bandar itu, Andrew Cuomo, pada Ahad (1 Mac), sedang pentadbiran Amerika Syarikat menyatakan ia akan mula melaksanakan saringan keselamatan ke atas setiap pengunjung dan meningkatkan penghasilan pelitup.

Anggaran Waktu Membaca:
New York sahkan kes pertama COVID-19

(Gambar: Eduardo Munoz/REUTERS)

Diterbitkan : 02 Mar 2020 03:53PM Dikemas Kini : 02 Mar 2020 03:58PM

WASHINGTON : New York mengesahkan kes pertama virus korona COVID-19, kata gabenor bandar itu, Andrew Cuomo, pada Ahad (1 Mac), sedang pentadbiran Amerika Syarikat menyatakan ia akan mula melaksanakan saringan keselamatan ke atas setiap pengunjung dan meningkatkan penghasilan pelitup.

Encik Cuomo menerusi Twitter semalam berkata, seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an dijangkiti virus tersebut selepas lawatan ke Iran dan sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Beliau tidak mendedahkan kediaman wanita itu.

“Pesakit berkenaan mengalami gangguan pernafasan, namun keadaannya tidak serius dan berada dalam situasi terkawal sejak tiba di New York,” katanya.

Di peringkat persekutuan, pentadbiran Presiden Donald Trump berusaha keras meyakinkan rakyat, sedang wabak itu menular dan syarikat-syarikat membatalkan acara perniagaan serta penerbangan.

Para pegawai pentadbiran turut berusaha meredakan kebimbangan ramai yang mendakwa wabak tersebut akan membawa kepada kemelut ekonomi.

Pihak berkuasa pada Sabtu lalu mengumumkan, seorang lelaki berusia 50 tahun ialah mangsa pertama yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Washington. Masih belum diketahui bagaimana beliau dijangkiti.

Negeri itu pada Ahad turut mengesahkan dua lagi kes dan mengenakan perintah berkurung ke atas sebuah pusat jagaan apabila seorang penghuni dan pekerja disahkan positif COVID-19. 

Sumber : Reuters/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan