Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New York keluarkan makluman mengenai serangan nuklear susuli amaran Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
New York keluarkan makluman mengenai serangan nuklear susuli amaran Rusia

(Gambar: Tangkapan skrin video YouTube)

Diterbitkan : 13 Jul 2022 09:28AM Dikemas Kini : 13 Jul 2022 09:28AM

NEW YORK: Pengurusan Kecemasan Bandar New York (NYC) mengeluarkan video baru yang memberi arahan kepada warganya mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya bandar itu berdepan ancaman nuklear, lapor Astro AWANI, menukil AP.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Pengurusan Kecemasan New York City, Christina Farrell, pengumuman perkhidmatan awam (PSA) itu mula disiarkan di media sosial, YouTube, dan laman web Pengurusan Kecemasan NYC dan akan dipaparkan ketika pembentangan keselamatan.

Dalam PSA berkenaan, warga New York diarahkan untuk pergi ke bahagian dalam bangunan yang kukuh sekiranya berlaku serangan nuklear.

Mereka juga disaran mendapatkan panduan lanjut mengenai aplikasi telefon bijak 'Notify NYC'.

Jelas Cik Farrell, PSA ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya perkara tidak diingini berlaku.

"Situasi ini kebarangkaliannya sangat rendah dan ketika ini tiada ancaman khusus. Ia hanyalah langkah berjaga-jaga pada abad ke-21 ini bagi situasi kecemasan," katanya dalam temu bual bersama AP.

Video PSA berkenaan dikeluarkan ketika perang antara Rusia dan Ukraine kini memasuki bulan kelima.

Ini berikutan amaran yang dikeluarkan Pegawai Tertinggi Rusia, Dmitry Medvedev bahawa Amerika boleh menghadapi 'malapetaka' jika ia memainkan peranan untuk membantu menubuhkan tribunal antarabangsa bagi menyiasat tindakan Rusia di Ukraine.

Amaran Medvedev berikutan beberapa siri kenyataan keras daripada Putin dan pegawainya yang mendakwa senjata nuklear Rusia digunakan untuk memberi amaran kepada Barat supaya tidak campur tangan dengan tindakan Moscow di Ukraine.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa