New York isytihar darurat selepas kes campak di Amerika meningkat kepada 3,887
Anggaran Waktu Membaca:
Papan tanda amaran campak di New Hyde Park, New York, Amerika Syarikat, pada 14 Mac 2025. (Gambar fail: REUTERS/Shannon Stapleton)
New York declares emergency after measles cases in the United States rise to 3,887
- New York declared a disaster emergency on Oct 5 after measles cases rose, with 108 resident cases recorded this year as of Saturday.
- Governor Kathy Hochul issued an executive order, effective until Nov 4, in response to the spread of the disease, particularly in 18 low-immunisation rural counties.
- The order allows more healthcare workers to administer vaccinations, while a Measles Dashboard was launched to help the public and health officials monitor the risk.
- The outbreak has also worsened in Pennsylvania and across the United States, as the CDC recommends two vaccine doses and reported kindergarten coverage below target.
- New York mengisytiharkan darurat bencana pada 5 Oktober selepas kes campak meningkat, dengan 108 kes penduduk direkodkan tahun ini setakat Sabtu.
- Gabenor Kathy Hochul mengeluarkan perintah eksekutif, berkuat kuasa hingga 4 November, sebagai respons kepada penularan terutama di 18 bandar luar bandar berimunisasi rendah.
- Perintah itu membolehkan lebih ramai karyawan jagaan kesihatan memberi vaksin, sementara Measles Dashboard dilancarkan untuk membantu orang ramai dan pegawai kesihatan memantau risiko.
- Wabak turut meningkat di Pennsylvania dan seluruh Amerika Syarikat, ketika CDC mengesyorkan dua dos vaksin serta melaporkan liputan tadika di bawah sasaran.
NEW YORK: New York pada Isnin (5 Okt) mengisytiharkan darurat bencana di seluruh wilayah itu menyusuli wabak sakit campak, pengisytiharan pertama seumpamanya oleh sebuah wilayah di Amerika Syarikat sejak kes mula melonjak pada 2025.
Gabenor New York Kathy Hochul mengeluarkan perintah eksekutif bagi mengisytiharkan 'Darurat Bencana Wilayah' sebagai respons terhadap peningkatan kes sakit campak di seluruh wilayah itu.
Menurut perintah eksekutif berkenaan, sebanyak 108 kes campak dilaporkan dalam kalangan penduduk New York tahun ini setakat Sabtu. Daripada jumlah itu, 92 kes dilaporkan sejak 15 Julai, kebanyakannya dalam masyarakat luar bandar dengan kadar imunisasi rendah di 18 bandar.
Sebanyak tujuh kes disahkan di New York City.
Wabak itu berlaku ketika kes campak meningkat di kawasan luar bandar New York dan wilayah-wilayah berhampiran. Jabatan Kesihatan Pennsylvania pada Isnin mengumumkan sebanyak 1,004 kes campak disahkan di 39 daerah di Pennsylvania setakat ini pada 2026, dengan lima kematian disahkan berkaitan sakit campak.
Perintah itu memperluas kumpulan karyawan jagaan kesihatan yang diberi kuasa untuk memberikan vaksin sakit campak. Pemerintah wilayah turut melancarkan "Measles Dashboard", iaitu platform online yang menyediakan maklumat terkini mengenai kes sakit campak bagi membantu orang ramai dan para pegawai kesihatan memantau risiko setempat serta meningkatkan kesedaran.
Darurat itu berkuat kuasa pada Isnin hingga 4 Nov, menurut kenyataan pemerintah wilayah New York.
Setakat 1 Oktober, Amerika Syarikat merekodkan 3,887 kes campak yang disahkan pada 2026. Daripada jumlah itu, 3,869 kes dilaporkan oleh 47 bidang kuasa, manakala 18 kes sakit campak dilaporkan dalam kalangan pelawat antarabangsa ke Amerika Syarikat, menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.
Agensi itu mengesyorkan dua dos vaksin sakit campak, beguk dan rubela sebagai perlindungan terbaik terhadap sakit campak.
Liputan vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak tadika di Amerika Syarikat menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini kepada 92.4 peratus pada tahun persekolahan 2025-2026, di bawah sasaran liputan 95 peratus, dengan kadar lebih rendah dicatatkan di sesetengah masyarakat, menurut CDC.

Sumber : Bernama/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.