New York haramkan penjualan semua e-rokok
Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan "tindakan eksekutif darurat" untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau e-rokok berperisa.
NEW YORK: Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan "tindakan eksekutif darurat" untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau e-rokok berperisa.
Menurutnya hanya e-rokok tembakau dan menthol dibenarkan kerana produk-produk berperisa "disasarkan kepada golongan muda."
Hampir 400 orang di seluruh Amerika Syarikat mengalami penyakit paru-paru yang berkemungkinan besar ada kaitan dengan vape, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat. Enam orang sudah meninggal dunia setakat ini.
Para penyelidik masih cuba memahami punca penyakit itu. Sementara itu, para pegawai kesihatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membeli produk vape di jalan raya atau menggunakan minyak yang diperolehi daripada ganja.
Encik Cuomo menambah peraturan larangan jualan itu mungkin dapat dikuatkuasakan dalam masa dua minggu.
Minggu lalu, Presiden Donald Trump menyarankan langkah pengharaman e-rokok peringkat federal menyusuli penularan penyakit paru-paru yang berkaitan aktiviti 'vaping' baru-baru ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.