New South Wales diberi amaran bencana alam; 50,000 penduduk diarah berpindah
Bahagian pantai timur Australia terus dilanda hujan lebat yang menyebabkan krisis banjirnya semakin buruk.
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Saeed Khan/AFP
SYDNEY: Bahagian pantai timur Australia terus dilanda hujan lebat yang menyebabkan krisis banjirnya semakin buruk.
Sekitar 50,000 penduduk di bahagian utara dan barat daya Sydney mungkin terpaksa berpindah kerana air sungai-sungainya sudah berada di paras amat berbahaya.
Amaran bencana alam telahpun dikeluarkan sejak lewat Isnin (5 Jul) bagi 23 daerah New South Wales.
Esok (6 Jul), Perdana Menteri Australia Anthony Albanese akan melawat daerah-daerah yang terjejas.
Menurut Jabatan Kecemasan New South Wales, pihaknya menerima 5,300 permintaan bantuan sepanjang malam semalam. Lebih 250 operasi pula dilakukan bagi menyelamatkan penduduk daripada air bah.
"Kami sudah tinggal di sini selama 25 tahun dan banjir tahun ini paling dahsyat. Kami mengalami tiga banjir besar dalam tempoh tiga tahun dan ia amat mengejutkan," kata penduduk bernama Laura Masi.
"Ini bukan hujan biasa kerana dalam masa kurang 24 jam selepas hujan bermula pagi Jumaat lalu, banjir sudahpun berlaku pada malamnya. Biasanya kami tidak mengalami banjir meskipun hujan berterusan selama seminggu. Keadaan ini amat sukar untuk dipercayai," kata seorang lagi penduduk, Cik Thomas.
Banjir teruk itu bukan sahaja menjejas kehidupan manusia dan harta-benda, bahkan juga mengancam nyawa haiwan.
Sejak semalam, pasukan penyelamat giat berusaha menyelamatkan haiwan dan memulangkannya kepada pemilik masing-masing.

Sumber : Agensi berita/AI/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.