Netizen tersentuh lihat gambar pada sarung telefon dipercayai milik mangsa Lion Air
Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan bagi para mangsa pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas ke dalam laut pada Isnin (29 Okt).
Sarung pelindung telefon bimbit antara beberapa barang peribadi milik para penumpang dan anak kapal pesawat Lion Air yang ditemui. (Gambar: @Sutopo_PN/Twitter)
JAKARTA: Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan bagi para mangsa pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas ke dalam laut pada Isnin (29 Okt).
Beberapa barang peribadi milik para penumpang dan anak kapal ditemui.
Antaranya, sarung pelindung telefon bimbit yang memaparkan gambar dipercayai salah seorang penumpang pesawat berkenaan, lapor Astro Awani.
Menurut Astro Awani, pemilik akaun Instagram @ineyunitasi pernah memuatnaikkan gambar yang sama pada Ogos 2017 di laman media sosialnya.
Gambar itu didapati serupa dengan gambar pada sarung telefon bimbit yang ditemui para penyelamat, sekaligus menyentuh hati netizen.
Astro Awani menyatakan para netizen mula mengucapkan takziah dan menzahirkan doa kepada pemilik akaun itu, yang dipercayai salah seorang penumpang pesawat tersebut.
Bagaimanapun, pihak berkuasa belum mendedahkan senarai mangsa nahas.
Pesawat Lion Air JT-610 yang membawa seramai 189 penumpang dan anak kapal terhempas di bahagian utara pulau Jawa di Indonesia.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.