Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Netizen tabik hormat penyokong Jepun kutip sampah selepas perlawanan Piala Dunia 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Netizen tabik hormat penyokong Jepun kutip sampah selepas perlawanan Piala Dunia 2022

(Gambar: SAYS)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 08:27PM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 08:27PM
QATAR: Piala Dunia FIFA 2022 membuka tirai di Qatar pada 20 November lalu.

Selain daripada semangat pasukan dari pelbagai negara yang bertanding, terdapat juga gelagat penyokong yang mencuri tumpuan warganet, menurut SAYS.

Seperti video yang dimuat naik ke laman akaun TikTok @qatarliving, ia memperlihatkan tingkah laku para penyokong dari Jepun yang sanggup mengutip sampah sejurus selepas perlawanan tamat. Sikap para penyokong Jepun itu menambat hati ramai warganet.
Sekalipun tidak bertanding, tapi para penyokong ini sudah terbiasa mengamalkan sikap menjaga kebersihan sejak dulu lagi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @qatarliving, kelihatan beberapa orang penyokong dari Jepun yang sedang mengutip sampah di sekitar tempat duduk dalam stadium selepas perlawanan berakhir, seperti dinukil SAYS.

Apa yang membuat ramai warganet mengagumi sikap mereka adalah apabila ditemu bual mengapa mereka sanggup berbuat demikian, salah seorang daripada mereka berkata: “Warga Jepun tidak akan membiarkan sampah begitu saja. Kami menghormati tempat itu”.

Ternyata, video berkenaan tular seluruh dunia dan ramai memuji tingkah laku para penyokong dari Jepun.
Sumber : Sumber Web/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa